**Kalau mereka pakai siapa yak nak cek?
ALMATY – Kaum wanita di Kazakhstan mengadakan tunjuk perasaan selepas mendapat berita mengenai larangan memakai seluar dalam berenda oleh kerajaan.
Menurut mereka, pakaian adalah hak individu justeru mereka membantahnya.
Tunjuk perasaan itu diadakan dengan tema `seluar dalam untuk Presiden’. Bagaimanapun tiga wanita telah ditahan ketika cuba meletakkan seluar dalam berenda di atas tugu negara.
Larangan itu telah wujud sejak 2012, namun ia tidak dikuatkuasakan sebelum ini.
“Kerajaan sudah melampau kerana membuat larangan itu. Ia adalah isu peribadi dan patut diserahkan kepada wanita untuk membuat keputusan.
“Kenapa mereka tidak melarang perkara lain yang memberikan keburukan kepada kesihatan seperti rokok dan alkohol,’’ kata seorang wanita.
Seorang pengurus bank, Iryna Davydenko, pula berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah satu kesilapan.
“Ia menyakitkan hati saya kerana kerajaan yang menentukan apa yang kita akan pakai. Dalam banyak isu negara yang tidak selesai , isu seluar dalam wanita juga menjadi pilihan,’’ katanya.