Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.
Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini.
Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.
BACA: Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Perlis
Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.
Manakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).
BACA: Ainan Tasneem Terlibat Dengan Kemalangan
Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.
Bagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.
Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan.
Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.
Kepada Ainan, bawa bersabar ok. Jangan dilayan komen-komen negatif. Yang penting, Ainan dan rakan-rakan selamat.
Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu.. – REM RAMZI