BACA: Perbuatan Khianat! Al-Quran Dibuang Dalam Tandas
BACA: VIDEO: Rakaman CCTV Suspek Campak Al-Quran Dalam Ruang Solat, Jamban Masjid
Susulan itu, seorang lelaki yang dikatakan pelaku perkara keji ini telah berjaya diberkas.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan ‘gila isim’.
Menerusi gambar yang tersebar di rangkaian media sosial sejak semalam, wajah seorang lelaki yang didakwa pelaku kes ini kelihatan berlumuran darah dan cedera parah, dipercayai akibat dipukul.
Bagaimanapun,TIDAK DAPAT DIPASTIKAN sama ada gambar tersebut benar-benar merupakan pelaku yang telah ditangkap.
Ketua Polis Daerah Besut, Tuan Kamaruddin Mohd Zakaria dikatakan memberi pengesahan tentang penangkapan ini kepada para jemaah selepas solat Isyak dan solat sunat hajat di masjid tersebut.
Turut hadir ketika penjelasan diberikan adalah ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pegawai Agama Daerah Besut.
Apa pun jika benar pelakunya sakit dan kurang siuman, semoga dia kembali diberikan kesembuhan, hidayah dan petunjuk. - REM RAMZI