Pemandu bas tahap terlampau, paksa isteri laku seks dengan rakannya sendiri



SUBANG JAYA – Gara-gara mengidap beberapa penyakit kronik dan lemah tenaga batin, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memaksa isteri melakukan hubungan seks dengan beberapa rakannya, malah turut merakam perbuatan terkutuk itu sebagai koleksi peribadi.

Difahamkan wanita tersebut pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua anak namun bercerai beberapa tahun kemudian. Bekas suaminya meninggal dunia dan dia kemudian berkahwin dengan suspek yang berusia 51 tahun.

Mangsa yang berusia 35 tahun itu tidak bekerja manakala suami barunya bekerja sebagai pemandu bas persiaran.

Perkahwinan kedua-duanya dikatakan mencecah usia tiga tahun, namun belum dikurniakan anak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa mendakwa dia dipaksa melakukan perbuatan menjijikkan itu sejak Julai tahun lalu.

Suspek katanya, akan mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain yang tidak dikenali.

Selepas itu suspek akan mengajak isteri melayan nafsunya pula setelah memberitahu kepada mangsa dia perlu ‘menonton’ adegan ghairah terlebih dahulu sebagai rangsangan.

Yahaya berkata, mangsa juga tidak mengenali dan mengingati berapa lelaki pernah melakukan hubungan seks dengannya kecuali seorang lelaki yang didakwa bernama Din.

Menurutnya, dalam kejadian pertama, perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah dihuni Din di Kampung Bukit Lancong.

Ia disusuli kejadian terakhir di dalam bas persiaran milik suami mangsa pada bulan lalu. Aksi hubungan seks tersebut turut dirakam suaminya.

Suami mangsa dikatakan pernah mengaku kepada isterinya dia terpaksa berbuat demikian kerana ingin memuaskan kehendak mangsa selain merangsang nafsunya sendiri.

Susulan kejadian, polis menahan suami mangsa dan seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penyelia pada Isnin lalu.

Seorang lagi lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai nama Din turut ditahan Selasa lalu.

Kesemua mereka direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 376/292 Kanun Keseksaan.

Mangsa dikatakan lewat membuat laporan polis dan hanya berbuat demikian selepas suaminya memaklumkan akan menggadaikan dirinya kepada rakannya