PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak sempat ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama selepas mengadakan pertemuan empat mata di Seri Perdana di
sini, Ahad.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat bersahaja
ketika bergambar dan Perdana Menteri berkongsi saat penuh bermakna
untuk negara dan rakyat menerusi Twitter beliau kira-kira pukul 1.35
petang.
Mereka turut mengadakan sidang media
bersama yang memberi tumpuan terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua
negara yang disifatkan jalinan yang sudah lama dan akrab.
Obama berada di Malaysia selama tiga
hari bermula Sabtu sempena lawatan rangka kerja beliau di empat negara
di Asia selain Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Beliau akan berlepas ke Filipina pada Isnin. – mStar Online