BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila pihak yang sanggup menggunakan nama selebriti terkenal secara ‘haram’untuk mempromosikan produk mereka demi mengaut keuntungan.
Rozita Che Wan atau Che Ta yang kini sedang hamil tiga bulan juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Menerusi satu sidang media hari ini, dia memaklumkan bahawa dirinya telah kerugian hampir RM500,000 gara-gara tindakan sebuah stokis yang menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan mereka di media sosial.
“ Sebelum ini pengurus saya telah pun menghubungi stokis dan pemilik produk mereka dan meminta agar iklan tersebut diturunkan.
” Malah saya sendiri telah menegur individu tersebut di laman Instagram. Namun, selepas 3 bulan, iklan tersebut masih tidak diturunkan,” katanya.
Akibatnya, pihak lain yang mahu melantik dirinya sebagai duta mahu menarik semula tawaran tersebut kerana kes itu masih belum diselesaikan.
Justeru, dia menerusi peguamnya telah menghantar notis tuntutan selama 14 hari untuk stokis tersebut menurunkan iklan tersebut jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.
Che Ta turut kesal kerana pihak tersebut mendakwa dirinya mengandung kerana menggunakan salah satu produk berkenaan.
Apa pun, diharap stokis tersebut menghentikan perbuatan mereka kerana ia merupakan perbuatan yang sangat tidak jujur.
Secara tidak langsung, tindakan mereka itu umpama menipu pelanggan. Tak berkat rezeki ya…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Rotikaya / OHBULAN!)