SEORANG wanita cantik di China menjadikan laman media sosial Weibo hangat dengan perdebatan kerana wajahnya yang kelihatan terlalu muda biarpun dikatakan lahir pada 1979.
Wanita itu yang banyak memuatnaikkan gambarnya di Weibo, mengundang komen daripada para pengguna Twitter versi China itu.
“Adakah anda pasti? Anda berumur 25 tahun kan?” kata sesetengah komen.
Ada juga yang bertanya “Jika dia bukan hantu, dia pasti seorang pari-pari,” kata komen di Weibo di China mengenai wanita itu.
Anda juga pasti tertanya adakah sudut gambar dirakamkan, pencahayaan atau beberapa faktor lain seperti aplikasi telefon bimbit barangkali yang menjadikan wajah wanita ini begitu muda.
Laporan ini dipetik dari laman singaporeseen.stomp.com.sg. Portal berkenaan turut memaparkan beberapa lagi rangkaian wanita awet muda China itu dan jika diperhatikan betul-betul ada beberapa bahagian di wajahnya menunjukkan dia berusi 35 tahun. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU K