Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar
bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia
ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang
amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah
melihat kejadian tersebut. Anda boleh tonton video di atas ini.
Play Video Di Bawah:
BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.
Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.
“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari
dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan
dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.
Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.
Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.
Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.
“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.
Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga
kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah
betul.
Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka
menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam
dalam tanah.
Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.
Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum
penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana
menyangka dia sudah mati.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan.