Saya pernah ditanya sama ada ‘power ejakulasi’ iaitu ejakulasi dinamik seperti air mani terpancut keluar jauh adalah lebih baik daripada ejakulasi yang keluar biasa atau menitis.
Jawapan saya, jika air mani masuk ke dalam faraj, kehamilan boleh berlaku. Ia semudah itu.
Masih ramai tidak faham mengenai air mani dan berfikiran ejakulasi ‘power’ adalah hebat, namun isteri masih belum hamil.
Jangan salah sangka.
Sebenarnya, air mani keluar akibat tekanan cengkaman otot sistem ejakulasi dan otot lantai pelvis.
Jika anda mengawal otot lantai pelvis ketika mencapai ejakulasi, ia akan terbantut atau tidak terasa.
Perkara menahan kemut atau mengemut ketika ejakulasi biasanya dilakukan bagi mengawal masalah cepat klimaks dan kesannya ialah ejakulasi tidak terasa seperti biasa.
Ada juga lelaki mempunyai otot lantai pelvis (otot kemut) yang kurang aktif dan tentu dia akan mengalami masalah ejakulasi tidak terasa.
Jika itu masalah sebenar, cara paling mudah untuk mengatasinya ialah dengan mengamalkan senaman kemut atau ‘Kegel’.
Kini dengan terapi Elektro Magnetik Pelvi-Center, lelaki yang otot lantai pelvisnya lemah dapat menjadikannya lebih kuat.
Pakar Sakit Tuan,
Dr. Ismail Tambi