Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu...
“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.
“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.
“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.
Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.
Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.