Cik Abang Maki Ustaz Azhar Di Facebook


Azhar idrus
Hai, marah sungguh Cik Abang ini pada Ustaz Azhar Idrus (UAI) hingga terkeluar segala ayat yang tak sepatutnya dari mulut seorang Islam kepada seorang Islam yang lain di laman sosial Facebook.
Cik Abang Maki Ustaz Azhar di Facebook
Inilah perangai orang kita sekarang. Mahu berhujah, tapi ayat yang digunakan amatlah kasar. Rasanya agama kita tak ajar pun berbicara sampai mencarut begini sekali.
Isu yang cuba penulis tekankan di sini bukanlah mengenai penglibatan UIA dalam bidang lakonan, sebaliknya pada sikap gemar mencaci seperti ini.
Kalau tak suka pun penceramah ini berlakon, apa salahnya suarakan dengan bahasa yang baik dan berhemah. Sertakan sekali dengan hujah yang bernas.
Malulah kalau anak isteri tengok wahai Cik Abang. Macam mana nak jadi pemimpin dan pembimbing keluarga jika percakapan di laman sosial pun begitu sekali.
Mungkin di rumah pun cakap macam ni ya?
Oleh: ELZA