KES DADAH: Saiful Apek Didapati Bersalah Dan Didenda Dengan Bawah Pengawasan 3 Tahun

DADAH: Saiful Apek Didapati Bersalah...Denda, Bawah Pengawasan 3 Tahun
Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 Sept tahun lepas.
Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.
Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.
Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini dan pada 22 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.
Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA

Nyawa Masih Panjang - Seorang Lelaki Terselamat Walaupun Kepala Ditembusi Besi!

kepala
Shaanxi – Meskipun jatuh dari tingkap bangunan setinggi 20 kaki dan besi tercucuk hingga tembus di kepala, namun dengan kuasa Tuhan, seorang lelaki terselamat dan akan pulih sepenuhnya.
Lelaki itu Li Dehua, 47, terselamat dari maut dan bernasib baik kerana besi berkenaan hanya beberapa inci dari otaknya.
Biarpun ketika pembedahan diadakan, doktor telah memberitahu keluarganya bahawa dia sukar diselamatkan, namun keadaan sebaliknya berlaku.
Apa tidaknya besi itu tercucuk di bahagian mukanya dan tembus ke bahagian kiri kepalanya.
Dalam kejadian 18 hari lalu itu, Dehua sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan ketika dia terjatuh.
“Ia merupakan satu kejadian menakutkan dan saya bernasib baik kerana besi itu tidak terkena otak saya.
“Besi ini menyebabkan luka yang teruk di bahagian muka saya,’’ katanya yang memberitahu ketika kejadian dia tidak berasa sakit disebabkan terkejut.
Menurut Dehua, hanya selepas pembedahan barulah dia menyedari bahawa sesuatu berlaku.

Panas !!! Gambar Kemesraan Pelakon ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)' Tersebar Dan...

Nelydia perjelas isu agenda mesra dengan Sharnaaz1


KADANG-KADANG, menonton drama atau filem Melayu membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan tatkala melihat babak romantis antara hero dan heroinnya.
Sehinggakan kita kadang-kadang berharap agar pasangan pelakon itu benar-benar bercinta dalam dunia realiti.
Itulah penangan drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)’ lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang sudah pun berakhir beberapa hari lalu.
Dek kerana keserasian dalam BKATC itu, ramai peminat yang secara terbuka meluahkan keinginan mereka untuk melihat kedua-duanya bercinta walaupun jelas Nelydia sudah pun berpacaran dengan pengacara dan pelakon Qi Razali.
Menyedari perkara itu, Sharnaaz telah memuatnaik status di akaun Twitternya memohon maaf kepada Qi atas perkara itu.
Qi pula bersikap ‘gentleman’ dan membalas status itu dengan ucapan terima kasih.
Sharnaaz Mohon Maaf Pada Qi Razali Kerana Peminat
Baguslah jika kedua-duanya profesional dengan perkara sebegitu. Lumrah dunia artislah katakan…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY