Nyawa Masih Panjang - Seorang Lelaki Terselamat Walaupun Kepala Ditembusi Besi!

kepala
Shaanxi – Meskipun jatuh dari tingkap bangunan setinggi 20 kaki dan besi tercucuk hingga tembus di kepala, namun dengan kuasa Tuhan, seorang lelaki terselamat dan akan pulih sepenuhnya.
Lelaki itu Li Dehua, 47, terselamat dari maut dan bernasib baik kerana besi berkenaan hanya beberapa inci dari otaknya.
Biarpun ketika pembedahan diadakan, doktor telah memberitahu keluarganya bahawa dia sukar diselamatkan, namun keadaan sebaliknya berlaku.
Apa tidaknya besi itu tercucuk di bahagian mukanya dan tembus ke bahagian kiri kepalanya.
Dalam kejadian 18 hari lalu itu, Dehua sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan ketika dia terjatuh.
“Ia merupakan satu kejadian menakutkan dan saya bernasib baik kerana besi itu tidak terkena otak saya.
“Besi ini menyebabkan luka yang teruk di bahagian muka saya,’’ katanya yang memberitahu ketika kejadian dia tidak berasa sakit disebabkan terkejut.
Menurut Dehua, hanya selepas pembedahan barulah dia menyedari bahawa sesuatu berlaku.