Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima
isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza. Alat ini
memberitahu posisi dan lokasi kapal terbang kepada radar di daratan.
Ia juga boleh digunakan oleh kapten untuk menghantar kod kecemasan andai berlaku rampasan atau apa-apa kejadian lain.
Bagimana Transponder Sebuah Pesawat Mungkin Terpadam?
1) Berlaku kecelekaan di udara seperti pertembungan atau letupan yang memusnahkan kapal tersebut.
2) Kegagalan elektrikal sepenuhnya dalam kapal.
3) Kegagalan peralatan (equipment malfuntion).
4) Juruterbang atau sesiapa yang lain sengaja mematikan suiz
transponder atau meletekannnya dalam mode siap sedia menjadikan kapal
itu tidak lagi berkomunikasi dengan radar di daratan.

Sebenarnya
admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat
kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun setelah mendapatkan
pandangan rakan-rakan admin keluarkan buat tatapan semua.Bukan berniat
untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas
dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita
lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya
semakin mencabar.
Pertamanya admin bimbang
dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di
bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan
semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.
Medan:
Seorang wanita separuh usia tersenyum malu ketika keluar dari satu
daripada khemah khas di kawasan pemindahan penduduk di Kampung Telagah
di daerah Sei Bingeh, Sumatera Utara.
Khemah
itu kelihatan biasa saja sama seperti khemah lain yang menjadi tempat
perlindungan sementara penduduk terpaksa berpindah dari rumah
masing-masing kerana ancaman gunung berapi kecuali satu papan tanda yang
membezakannya.
Ia berukuran tiga kali tiga meter dan terletak di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari pusat pemindahan.
Pada sisi depannya terpampang papan tanda bertulis: Bilik Asmara.
Khemah yang khusus untuk pasangan kelamin itu turut dibina di dua tempat lain di daerah Karo.