SEGERA!!! Erra Fazira Dengan Engku Emran Sah Ber???

SEGERA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu
KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Image_11
Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu di mana-mana media.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU  pada Jun 2003.
p1erra
Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.
_erra_dan_hans_06
Erra-Awie-565x377
Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.
Oleh:  AUDREY LEE

GAMBAR " Mengerikan" Perut Terburai Dirodok Kawan Sendiri !!!

GAMBAR: Perut Terburai Dirodok Kawan Sendiri Dengan Pisau
Alor Gajah – Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.
Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri.
Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya.
Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu. – Harian Metro
Untitled
GAMBAR: Perut Terburai Dirodok Kawan Sendiri Dengan Pisau

Siapa Dalangnya ? Neelofa, Kes Khalwat Dengan VVIP Bergelar !!!




Kes khalwat Neelofa dengan VVIP bergelar Datuk - Pengacara rancangan Meletop, Neelofa mengakui paling sukar untuk melupakan gosip kes khalwat dengan seorang VVIP berpangkat Datuk pada akhir Disember tahun lalu.

Luah Neelofa kepada Utusan, tuduhan tersebut begitu mengaibkan dirinya dan sehingga kini, hatinya masih terluka dan trauma. Lebih parah, dia turut dikritik peminat di laman sosial kerana tampil dengan fesyen pelik ala-ala Power Rangers dan Cell Dragon Ball di AME 2014.

"Belum masuk tahun baru mereka fitnah saya ditangkap khalwat. Saya tak tahu siapa punya kerja tetapi apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.

Kalau awak menuduh saya dengan cerita lain tak mengapa tapi fitnah ditangkap khalwat ini melibatkan seluruh keluarga.

Bagaimana ibu bapa dan keluarga besar saya nak menghadapinya?

Sudah tentu perkara ini meragut jiwa mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai macam soalan daripada pihak lain."

Mengakui sedih dengan gosip yang tidak masuk akal itu, Neelofa turut tertanya-tanya siapakah dalang sebenar di sebalik penyebaran gosip kes khalwatnya dengan VVIP kepada umum.

Katanya, adakah mereka kurang senang dengan dirinya sejak bergelar artis? Malah pelbagai cerita karut yang cuba dibangkitkan oleh mereka yang seolah-olah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai artis.