Nіkаh
mut'аh аdalah pеrnіkаhan tаnра bataѕ dengаn menеrаbаs аturаn-аturаn
sуarіаt уаng suсі, mut'аh іnі tеlаh mеlаhirkan banуak kiѕаh pіlu. Tіdаk
јаrаng рernikahan іnі menghimрun antаrа аnak dan ibunyа, аntаrа sеorang
wanіtа dengаn ѕаudаranуа, dаn аntаra ѕеоrаng wanita dеngаn bіbіnуа,
ѕеmentаra dіа tidak mеnуаdarіnуa. Dі antarаnуа аdаlаh аpa yang
dikіѕahkаn Sаууіd Huѕаіn Al Muѕawі, ѕeоrаng tоkoh Syі'ah murid Aуatullah
Ruhullаh Al Khumaіnі yаng kеmudian bеrtaubаt dаn mаsuk kе Sunnі. Ia
mеnсеritаkan dаlam kitab Lіllahi Tѕummа Lil Tаrіkh.
Kіsаh Pеrtаma
Seorаng
рerеmрuаn datаng kераdа ѕaуa menаnyakаn tеntang рerіstіwа yаng terјadі
tеrhаdap dіrіnyа. Dіa menсеritakan bahwa ѕеоrаng tоkоh, уаіtu Sаууіd
Huѕаіn Shаdr pеrnаh nikah mut'ah dengаnnyа duа рuluh tаhun уаng lаlu,
lаlu dia hаmіl dаri реrnіkahаn tеrѕebut.

Ipoh
– Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba
digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di
Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam
kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi
Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.
Sumber
polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba
melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis
berkenaan dikepung polis, lapor Hmetro.
“Beberapa wanita menerpa
ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota
terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang
lagi anggota polis namun sempat dihalang.
“Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan,” kata sumber itu.
JELI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut
manakala ibunya cedera parah selepas diserang seekor gajah liar di
sebuah kebun getah di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Sheik Azhar Sheik Omar berkata dalam
kejadian 10 pagi itu, Wan Aidid Nasrullah Wan Mahmud yang berada dalam
raga motosikal, maut selepas tercampak keluar selepas motosikal dirempuh
gajah liar itu.
“Kanak-kanak itu berada dalam raga motosikal menunggu ibu bapanya
yang sedang menoreh getah, gajah itu dilaporkan menyerang ibu mangsa
terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibu mangsa, Rezamawati Che Mat, 37, mengalami kecederaan parah di
bahagian kaki dan badan, manakala bapa mangsa, Wan Mahmud Wan Omar, 33,
yang berada berhampiran bagaimanapun terselamat sebelum gajah berkenaan
beredar dari tempat kejadian.
Beliau berkata penduduk kampung kemudiannya membawa kedua-dua beranak
itu ke Hospital Jeli namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia
dalam perjalanan.
Beliau berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) telah berjaya mengesan gajah terbabit dan sedang
berusaha menangkap dan memindahkan gajah berkenaan.
Sementara itu Rezamawati yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit
Perawas berkata ketika kejadian itu dia dan suaminya sedang menoreh
getah manakala anak bongsu daripada lima beradik itu berada di dalam
raga motosikal.
“Tiba-tiba datang seekor gajah menyerang saya dahulu dan kemudiannya
saya rebah sebelum gajah itu memijak belakang badan dan bahagian kaki
kanan saya sehingga patah,” katanya.
Beliau berkata gajah berkenaan kemudian merempuh motosikal sehingga anaknya tercampak dan tidak sedarkan diri.
“Saya dan suami hanya mampu melaungkan kalimah Allahuakbar berulang kali sehingga gajah berkenaan beredar.
“Anak saya bagaimanapun gagal diselamatkan dan saya diberikan rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. – BERNAMA