Masih ramai tak tahu tentang kelebihan minyak zaitun..Kelebihan Minyak Zaitun ialah...
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai ‘Virgin Olive Oil’. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis.Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.