Terkini ~ 'Sultan Melaka' direman 4 hari ?

Lelaki yang mangaku dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah, 56 ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Ayer Keroh di sini.



Selepas perintah tahanan itu dikeluarkan Noor Jan yang berbaju lokap polis berwarna jingga kemudian dibawa anggota polis memasuki van untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Dalam pada itu, kawasan pintu masuk mahkamah juga turut dikawal oleh beberapa anggota polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Namun pengikut-pengikut Noor Jan tidak kelihatan di kawasan mahkamah. - Lapor KOSMO!

GEMPAR ~ PELAJAR UNIMAS HILANG DITEMUI MATI DEKAT KOLEJ KEDIAMAN


Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi. 

Mayat Siti Najwa Atikah Azhar ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu. 

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. - utusan.com.my


Luar Biasa ~ Sungai Berwarna Biru Di Costa Rica (10 Gambar)

Sebuah sungai yang dikenali sebagai 'The Celeste' yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru.

Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jom kita tengok gambar kat bawah..



























Sumber : Drysheet