ABPBH: Bila Model Playboy JAUH LEBIH SOPAN Dari Artis Lain, Apa Dah Jadi ?


TERNYATA kehadiran bekas model, Felixia Yeap pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) mendapat perhatian daripada para penonton.
Rata-ratanya memuji penampilan wanita itu yang dilihat jauh lebih sopan daripada artis wanita lain yang beragama Islam.
Felixia Yeap Dipuji Kerana Penampilan Sopan Di ABPBH 2013
Felixia Yeap Dipuji Kerana Penampilan Sopan Di ABPBH 2013
Ini antara komen-komen yang dapat dilihat menerusi akaun rasmi Felixia:
felixia 2
felixia
Hmm…sememangnya kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, betul tak?
Tapi, jika diamati rasanya tahun ini ramai juga artis yang memakai busana yang agak sopan berbanding sebelum ini, betul tak?
Oleh: ELZA

Bila Mat Salleh ‘Gila’ Durian ? Jawabnya Ditibai Sampai 10 Biji Sehari !

MESKIPUN durian dianggap ‘Raja Buah’ di kalangan penduduk tempatan, tidak semua orang khususnya Mat atau Minah Salleh mampu memakannya.
Antara alasan mereka ialah baunya yang ‘busuk’ dan rasanya yang pelik sehingga pernah dijadikan salah satu cabaran untuk rancangan Fear Factor.
Bagaimanapun, bagi seorang pelajar Sweeden iaitu Gabriel Granback, 23, buah durian kini menjadi salah satu buah yang paling digemarinya sejak mula-mula merasainya dua minggu lalu.
“Saya mula-mula merasainya sewaktu di Thailand. Ia sangat sedap. Kemudian saya membuat kajian menerusi internet dan mendapati durian paling sedap datangnya dari Pulau Pinang.
“Rasanya umpama ‘fudge vanila berkrim dengan coklat’. Saya boleh memakannya untuk sarapan, makan tengah hari dan malam,” ujarnya yang mampu menghabiskan 10 biji durian sehari.
Atas minat yang begitu mendalam terhadap durian, dia sanggup menghabiskan RM500 di sebuah ladang durian di Balik Pulau, Pulau Pinang sepanjang empat hari di sana. Tabik!
Oleh: ELZA

Akibat - Gadis Remaja,Terangsang Lepas Tonton Video 'BLUE'


JOHOR BAHRU – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri 7 lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini.
Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran. More gambar.

Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu.

Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.

“Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan.
“Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.

“Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik,” katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai.

Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini.

“Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran.

“Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin,” katanya.