Gempar - Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13

Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13
DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana

Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
MAMPUKAH anda menjaga 194 ekor kucing dengan baik dalam satu-satu masa?
Rasanya tak ramai yang sanggup memikul tanggungjawab sebesar ini seperti yang dilakukan oleh gadis bernama Nor Aifaa Syazny Norzilan dari Pulau Pinang.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Menerusi Facebook OH!Meow, Aifaa kini dalam percubaan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perubatan, makanan dan tempat tinggal untuk 194 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya sejak sembilan tahun lalu.
Menurutnya, kesemua kucing itu kini ditempatkan di sebuah unit pangsapuri yang terletak di Air Itam dan kos bulanan untuk penjagaan haiwan itu mencecah ribuan ringgit.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Aifaa turut menghabiskan masa antara lima hingga enam jam setiap hari untuk membersihkan kediaman tersebut bagi memastikan ia bersih untuk kucing-kucingnya.
Melihat gambar yang disertakan, kami yakin kucing tersebut dijaga dengan baik kerana bulunya cukup bersih dan ia kelihatan sihat.
Selain memohon bantuan untuk penjagaan kucing-kucing itu, Aifaa turut membuka peluang kepada pencinta haiwan untuk mengambil kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan mereka agar kebajikannya  lebih terbela.
Bagi mereka yang ingin membantu Aifaa, salurkan derma anda melalui akaun CIMB: 8600961579.
Anda juga boleh melayari Facebook Aifaa’s Shelter Home Sweet Home untuk maklumat lanjut.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Penduduk Khuatir Bangkai Paus Akan Meletup Bila-Bila Masa Sahaja

Penduduk Khuatir Bangkai Paus Akan Meletup
Penduduk di Pulau Newfoundland, Kanada kini berada dalam kerisauan bangkai seekor paus biru yang terdampar di pantai mereka mungkin akan meletup bila-bila masa sahaja.
Bangkai paus berukuran 25 meter yang terdampar di pantai berbatu Trout River, dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu dalam lautan berais sebelum dihanyutkan ke situ.
2
Lazimnya, proses penguraian dalam badan paus yang mati dan terdampar akan menghasilkan gas metana yang boleh mengakibatkan letupan dan bau busuk ke kawasan sekitar.
Masalah timbul apabila berlaku pertikaian antara pihak berkuasa tempatan dan persekutuan, siapa yang harus menguruskan bangkai paus ini.
Cadangan untuk menolak bangkai kembali ke dalam laut pula dikhuatiri boleh membahayakan kapal yang mungkin akan terlanggarnya.
1
Tambah memburukkan keadaan, saiz bangkai paus kini sudah dua kali ganda besar daripada saiz asal sekaligus menambahkan lagi kegusaran 600 penduduk pulau terbabit.
- REM RAMZI / MYNEWSHUB
Sumber: bbc.com