Sensasi - Lelaki Ugut Sebar Video ‘Aib’ Hos TV Al-Hijrah

amin
KASIHAN pula mendengar nasib malang yang menimpa penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris,33 yang menjadi mangsa ugutan pihak yang cuba mengaibkan dirinya.
Khabarnya, dia kini diugut supaya membayar RM20,000 kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Cruz jika tidak mahu tiga video pendek berkaitan dirinya disebarkan kepada umum.
amin
Memetik Harian Metro, Steven memperkenalkan dirinya sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik oleh beberapa pengurusan kilang di Filipina menerusi laman Facebook dan mahu menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi.
“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.
“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya,” jelasnya.
Apa pun, kami rasa adalah lebih baik Amin membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka untuk menyiasat lelaki ini.
Orang ramai di luar sana, sebaik-baiknya janganlah membuat tuduhan yang bukan-bukan kerana perkara ini tak mustahil boleh terjadi kepada kita atau keluarga suatu hari nanti.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Bila Kereta Tiba-Tiba Melambung Dari Lorong Sebelah!

VIDEO: Bila Kereta Melambung Dari Lorong Sebelah

BENAR kata orang, malang tidak berbau. Kadang-kadang, kita sudah cuba mematuhi peraturan jalan raya dengan sebaik-baiknya, namun angkara orang lain, kita pula yang menjadi mangsa.
Itulah yang dapat dilihat melalui video yang kami kongsikan kepada anda ini.
Pemandu ini sedang melalui sebuah jalan yang agak tenang sebelum sebuah kenderaan yang dari lorong bersebelahan tiba-tiba melambung dan menghentam cermin hadapan kenderaannya.
Kemunculan kenderaan itu langsung tidak diduga sekaligus menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia cedera atau tidak, namun jeritannya dapat didengar selepas berlakunya kemalangan itu.
Saksikan.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

KES DADAH: Saiful Apek Didapati Bersalah Dan Didenda Dengan Bawah Pengawasan 3 Tahun

DADAH: Saiful Apek Didapati Bersalah...Denda, Bawah Pengawasan 3 Tahun
Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 Sept tahun lepas.
Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.
Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.
Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini dan pada 22 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.
Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA