Kejadian Pelik - Budak 16 Tahun Sembunyi Di Ruang Roda Pesawat, Sempat Rentas Lautan Pasifik!

hawai
HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. 

Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. 

Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. 

“Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. – AP

Panas !!! Bekas Isteri Dedah Sikap Buruk Sham Kamikaze

farazila
KAMI yakin ramai yang terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh bekas isteri komposer dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze iaitu Farazila Abdul Jabar mengenai bekas suaminya itu menerusi sisipan BiPop.
Pendedahan itu ternyata membuka sisi ‘hitam’ lelaki yang cukup dikenali dengan imej waraknya di mata umum.
Farazila yang bercerai dengan Sham sejak 1 September 2011 berkata, bekas suaminya itu sebenarnya seorang hipokrit dan kerap berbangga apabila ada yang memuji penghijrahannya.
Bekas Isteri Dedah Sikap Buruk Sham Kamikaze
“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
“Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu,” ceritanya.
Tambah Farazila lagi, Sham juga ‘ketagih’ melayari laman Facebook dan peristiwa yang paling menguji kesabarannya adalah apabila Sham memuatnaik gambar berlaga pipi dengan wanita lain di akaun itu.
Dek kerana Facebook jugalah, wanita itu mengakui Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuhraya kerana bergaduh di dalam kereta.
“Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya.
“Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah,” jelasnya lagi.
Ujar Farazila, keesokan harinya, dia mencari Sham di studio, namun kakitangan studio itu seakan cuba menghalangnya daripada menemui Sham.
Bagaimanapun, Sham yang mahu turun ke bawah dilihat terkejut melihat kehadirannya, lantas lintang pulang berlari naik ke atas semula.
“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja,” katanya.
Fuh, memang panjang lebar pendedahan Farazila itu! Jika sahih apa yang dikata, ternyata Sham telah mempergunakan imejnya bagi mengaburi mata orang lain di luar sana.
Namun, pada masa yang sama, adalah tidak adil untuk kita mendengar cerita dari satu pihak sahaja.
Bimbang jika tidak benar, akan menjadi fitnah pula.
Apa pun, kita nantikan penjelasan dari pihak Sham mengenai dakwaan bekas isterinya itu nanti.
Oleh: ELZA

Cemas - “Pesawat Bergegar, Topeng Muka Mula Jatuh”, Kata Penumpang MH192

UPDATE 5:42AM: Penumpang Puji Kecekapan Juruterbang
Putrajaya: “Kapal terbang itu bergegar ketika masih di atas landasan. Topeng muka dari bahagian atas mula jatuh,” demikian kata penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192, M Srivatsa, 48, seorang warga India dari Bangalore.

“Kami semua berasa amat cemas pada mulanya. Kemudian, juruterbang membuat pengumuman mengatakan terdapat masalah pada gear serta roda dan penerbangan akan berpatah balik ke Kuala Lumpur, bukan ke Bangalore,” katanya ketika ditemui di Hotel Everly di sini. 

Srivatsa berkata, juruterbang meneruskan penerbangan itu dan cuba mendarat semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 45 minit selepas itu, namun cubaan pertama itu gagal. 
 “Juruterbang kemudian membuat pengumuman yang pesawat perlu terbang semula untuk mengosongkan tangki minyak bagi memudahkan pendaratan dan pesawat kemudain berlegar-legar di udara selama empat jam sebelum mendarat,” katanya.
Srivatsa berkata, semua penumpang berada dalam keadaan tenang sepanjang penerbangan dan beliau turut memuji juruterbang serta anak kapal yang berkemahiran dan membantu penumpang.
Katanya, sebahagian penumpang ditempatkan di Hotel Everly di sini, buat sementara waktu dan mereka akan dijemput oleh pihak MAS pada jam 1 petang ini, sebelum berangkat menaiki penerbangan khas ke Bangalore pada jam 3 petang ini. – Berita Harian