AMARAN! Post ini telah dilabelkan "Dewasa Sahaja"
kerana ia hanya sesuai untuk pembaca dewasa sahaja, sekiranya
anda belum dewasa, diharap anda boleh keluar secara sukarela dari
post ini dan bacalah kandungan-kandungan lain blog ini. Terima
Kasih.
LONDON
– Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki
payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus
membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.
Muncul
di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV
kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula
ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga
bersaiz gergasi seperti sekarang.
Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali Polipropilena kini diharamkan Britain.
“Ia
merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara,
cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus
membesar,” katanya.
Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi