MH370: Indonesia Berpuas Hati Usaha Malaysia

SAR
KUALA LUMPUR – Indonesia berpuas hati dengan usaha Malaysia menyelaras usaha mencari dan menyelamat (SAR) untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Wakil Khas kerajaan Indonesia Wiwiek Setyawati Firman berkata: “Kami berada di sini untuk menghulurkan sokongan kepada Malaysia meneruskan siasatan serta operasi mencari dan menyelamat.”
Jakarta bersedia menghulurkan sebarang bantuan, kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.
Turut hadir Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno.
Ketika ditanya bagaimana ahli keluarga penumpang warga Indonesia menghadapi tragedi itu, beliau berkata anggota keluarga terbabit melahirkan sokongan penuh mereka kepada Malaysia dan berharap pasukan SAR akan meneruskan misi mencari mana-mana mangsa yang terselamat.
Selepas menemui delegasi Indonesia, Hishammuddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia Rod Smith dan Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan selama kira-kira sejam.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama.
Berdasarkan analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini oleh Inmarsat, firma telekomunikasi satelit United Kingdom, dan cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – BERNAMA

Paten AS 2006 Mendedahkan Kapal Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat

www.mynewshub.my
Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.
Autopolit ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.
Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.
Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.
Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.
Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).
“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.
Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.
Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.
Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.
Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.
Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.
Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.- MYNEWSHUB.MY
Gambar: Nombor paten di sebelah kanan diagram
Sumber: http://glodef.blogspot.com/
www.mynewshub.mywww.mynewshub.my

Panas… PBB Haramkan Pemburuan Ikan Paus Oleh Jepun Atas Nama Sains

www.mynewshub.my

Para hakim di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengarahkan Jepun untuk menghentikan aktiviti pemburuan ikan paus di kawasan Antartika dan sekali gus menolak hujah negara itu bahawa tangkapan haiwan berkenaan dibuat untuk kajian saintifik.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyebelahi plaintif, Australia yang mendapati hasil kajian berkaitan ikan paus itu amat sederhana jika dibandingkan dengan jumlah ikan yang telah dibunuh.
Mahkamah itu menjelaskan, tidak akan ada sebarang lesen memburu paus akan dikeluarkan.
“Memandangkan JARPA II (nama program kajian) telah bermula sejak 2005 dan melibatkan 3,600 pembunuhan ikan paus minke, data saintifik yang dihasilkan kelihatannya amat terhad sekali,” Hakim Peter Tomka dari Slovakia berkata.