Akibat Terlalu Panik ! Lelaki Ditangkap Basah, Isteri ‘Bertukar’ Wajah

Ditangkap Basah, Isteri 'Bertukar' Wajah
MELAKA – Akibat terlalu panik, seorang lelaki dikatakan cuba memperdayakan penguat kuasa dengan menunjukkan kad nikah ketika dicekup dengan kekasih gelapnya dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam serbuan jam 2 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu sanggup memaklumkan kononnya sudah bernikah dengan wanita berusia 20-an berkenaan.
Namun, pemeriksaan mendapati wajah wanita pada kad nikah itu tidak sama dengan wajah sebenar pasangan yang dicekup bersamanya di bilik hotel terbabit.
Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan bapa kepada empat anak itu dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
Perkara itu dibongkar sepasukan 25 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menjalankan Ops Ambang Tahun Baru di hotel bajet di sekitar Ujong Pasir dan Plaza Mahkota, di sini, bermula kira-kira jam 12 tengah malam.
Dalam operasi empat jam yang turut mendapat kerjasama polis itu, sebanyak 16 hotel diperiksa dan seramai tujuh pasangan berusia 16 dan 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Sepasang warga Indonesia berusia 28 dan 30 tahun turut dicekup bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa anak mereka walaupun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan status pernikahan.
Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM Zuruliman Zakaria berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan pasangan terutama remaja yang mengambil kesempatan melakukan maksiat sempena tahun baru.
“Ia lebih memfokuskan kepada hotel bajet menjadi tumpuan kepada pasangan beragama Islam yang bukan mahram disyaki membuat perkara maksiat di bilik hotel disewa mereka,” katanya.
“Justeru, pemeriksaan di premis berkenaan yang membawa kepada penahanan tujuh pasangan atau 12 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun,” katanya yang mengetuai operasi itu.
Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung yang mendatangkan syak.
“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya. – Harian Metro

VIDEO LAWAK: Penyamun ‘TERGOLEK DOK’ Depan TV3 Lepas 10KM Dikejar Polis!

VIDEO: Penyamun 'TERGOLEK' Depan TV3 Lepas 10 KM Dikejar Polis

Petaling Jaya – Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Lembah Klang, ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, dikejar Unit Kereta PERONDA (MPV) sejauh hampir 10 kilometer dari Bandar Sri Damansara sehingga ke Bandar Utama, di sini, semalam
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata. dalam kejadian jam 10 pagi itu, kereta suspek didekati sebuah MPV di Bandar Sri Damansara yang mahu melakukan pemeriksaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Bagaimanapun, katanya, suspek memecut kereta sebelum dikejar MPV berkenaan dan dibantu beberapa lagi MPV lain.
“ Suspek memecut laju sehingga ke laluan berhampiran bangunan Sri Pentas TV3 dan di situ kenderaannya melanggar pokok sebelum terbabas di jalan.
” Seorang daripada tiga suspek yang berada di dalam kereta cuba melarikan diri, namun suspek terjatuh sehingga cedera di kepala,” – HARIAN METRO

Agensi Perisikan - MH370 Dilarikan Untuk Kegunaan Pengganas Di Masa Akan Datang?

MAS Beroperasi Seperti Biasa, Jadual Penerbangan Lain Tidak Terjejas
Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan sebarang perkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapl MH370 dan pembantunya sehingga kini.
Namun, sebahagian pegawai kanan perisikan negara itu beranggapan, pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk rancangan masa akan datang.
Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.
“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.
Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas dari waktu ia dilaporkan hilang.
MH370 dengan ratusan penumpang serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu. Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.
Beliau bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas