#MH370: Malaysia Menafikan Tuduhan Bersikap Tidak Prihatin Pada Keluarga..

#MH370: Malaysia Nafi Tuduhan Tidak Prihatin

KUALA LUMPUR – Malaysia menafikan tuduhan media antarabangsa bahawa ia tidak prihatin terhadap keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kerana tidak menghantar wakil ke perjumpaan bersama keluarga berkenaan di Beijing, China.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat prihatin dengan keluarga berkenaan dan Kumpulan Kerja China juga telah mengadakan perjumpaan dengan Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin pada 8.20 malam, 13 Mac lepas.
Dalam perjumpaan itu, katanya kerajaan China diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Beijing, Liu Zhi.
“Turut menghadiri perjumpaan itu ialah wakil-wakil Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS serta beberapa pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.
“Semasa pertemuan tersebut, Liu memaklumkan kepada Datuk Iskandar Saruddin bahawa atas tujuan keselamatan, beliau dinasihati supaya tidak hadir dalam sesi taklimat bersama ahli keluarga mangsa,” kata Anifah dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata Liu menyatakan Iskandar hanya perlu hadir (pada perjumpaan itu) sekiranya ada maklumat baharu dan penting yang ingin disampaikan contohnya, penemuan pesawat yang hilang itu.
Liu menasihati Iskandar demikian kerana kemungkinan berlakunya tindakan luar kawalan oleh keluarga mangsa terhadap pegawai dari kedutaan termasuk ke atas beliau, kata Anifah.
“Dalam hal ini, Duta Besar (Iskandar) memaklumkan kepada Liu bahawa beliau bersetuju dengan nasihat pihak China supaya hanya menghadiri sesi taklimat yang penting sahaja dengan keluarga mangsa,” katanya.
Pada masa sama, Anifah melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada masyarakat antrabangsa khususnya negara-negara Asean yang turut sama terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat milik MAS itu.
Operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing, memasuki hari kelapan hari ini setelah hilang pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan - Rumusan Terkini Rampasan MH370

malaysia-map-0314
-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan semua komunikasi kapal dengan menara sengaja dimatikan.
-Beliau juga mengesahkan ia telah dengan sengaja dibawa terbang ke arah lain dan pencarian kini bertumpu kepada koridor utara (Utara Thailand – sempadan Turkmenistan) dan koridor selatan (Indonesia dan selatan Lautan Hindi).
-Komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pukul 8.11 pagi.
-Membuktikan laporan awal kapal diterbangkan beberapa jam selepas hilang dari radar awam.
-Pencarian di Luat China Selatan ditamatkan
-Najib bagaimanapun berkata, selain rampasan, kemungkinan lain juga terus disiasat.
-Penyiasat Amerika Syarikat tumpu ke arah teori “act of piracy”
-Belum ada pihak tampil membuat sebarang bentuk tuntutan setakat ini.

(Kemaskini) Sah!!! MH370 Telah Dirampas… PM Sahkan Kapal Sengaja Dilencong Ke Laluan Baru Selepas Terputus Hubungan..

The search for a missing Malaysia Airlines passenger jet

(KEMAS KINI….) Perdana Menteri Sahkan MH370 Dilencongkan Dengan Sengaja
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TUn Razak sebentar tadi mengesahkan kapal MH370 telah dilencongkan dengan sengaja ke laluan baru.
Walaupun tidak menyatakan secara tepat ia dirampas, tetapi beliau mengakui campur tangan secara sengaja telah menyebabkan kapal itu hilang daripada radar awam.
Beliau mengaku ia telah dengan sengaja diterbangkan pihak tertentu ke arah barat melintas semenanjung Malaysia.
Kata Najib, data memperlihatkan kapal masih di udara jam 8.11 pagi (perhubungan terakhir) walaupun ia sepatutnya sudah mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan kini bertumpu kepada koridor utara di kawasan Kazakstan dan Thailand serta koridor selatan (Indonesia dan laut selatan India).
Penyiasat merumuskan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki pengalaman menerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas (hijacked) kapal MH370, mematikan alatan komunikasi dan mengubah haluan kapal, menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los Angeles Times dan Associated Press.
Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.
“Ia sudah tidak boleh disangkal,” katanya.
(BACA – Data Radar Memperlihatkan MH370 Berubah Haluan Lebih Dari Sekali)
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan mengadakan satu sidang media khas sebentar lagi di KLIA.
Tidak diketahui apa kandungan sidang media berkenaan namun berkemungkinan untuk mengesahkan MH370 telah dirampas.
Beliau akan hanya membuat satu kenyataan dan dijangka tidak akan menjawab sebarang soalan media. Semua soalan perlu diajukan semasa sidang media jam 5.30 petang nanti.
Buat pertama kalinya, bilik media telah diarah untuk dikosongkan bagi tujuan keselamatan.
Dalam pada itu, seorang pramugari yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370 tetapi tidak hadir untuk berkerja telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu.
Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.