APMM: Operasi Laut Dan Udara Dah Tiba Di Lokasi Terakhir MH370, Tetapi Masih Tidak Dapat Dikesan..

mas


KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah sampai ke lokasi terakhir MH370 yang dilaporkan terputus hubungan iaitu 120 batu nautika ke timur Kota Bharu.
Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi.
“Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan,” kata Hamid.
Antara aset APMM yang telah sampai di lokasi adalah kapal KM Amanah, KM Langkawi, serta KD Pahang daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Sebuah pesawat Bombardier serta helikopter EC275 tentera turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.
Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.
Dalam rancangan kedua operasi itu, pasukan-pasukan penyelamat akan menggerakkan KD Terengganu dan beberapa kapal kecil serta pesawat Augusta. – Astro Awani

Mengapa MH370 Boleh ‘HILANG’ Tiba-Tiba? Ketahuinya..

Mengapa MH370 Boleh 'HILANG' Tiba-Tiba? - Pakar

PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing.
Beliau berkata juruterbang biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km.
Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km.
Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan.
“Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online.
Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki penerbangan MH370 yang dilapor telah terputus hubungan, juruterbang akan memerlukan sekitar lima minit untuk turun ke tahap yang selamat, 10,000 kaki.
Katanya, pada ketinggian ini penumpang tidak perlu menggunakan topeng oksigen, sambil menambah ini juga memberikan masa kepada juruterbang untuk membuat panggilan kecemasan.
“Juruterbang dilatih untuk membuat panggilan kecemasan sebaik sahaja mereka menghadapi berada dalam keadaan cemas. Semua orang di ruang udara yang sama pada frekuensi yang sama akan mendengarnya dan keutamaan akan diberikan kepada kapal terbang supaya ia dapat mendarat dengan selamat,” katanya.
Kapten Lim, yang mempunyai sembilan tahun pengalaman terbang dengan model B777- 200 MAS bersetuju dengan pakar-pakar penerbangan Amerika yang ditemuramah di CNN bahawa kehilangan pesawat berlaku di titik penerbangan yang paling selamat di.
Beliau berkata ini disebabkan beberapa faktor, termasuk fakta bahawa ia berada di mod ‘pelayaran’ pada kuasa dan kelajuan tetap.
“Hal yang paling berbahaya dalam penerbangan adalah pelepasan dan pendaratan kerana terdapat banyak pemboleh ubah. Di samping itu, B777 -200 adalah salah satu pesawat yang paling selamat kerana teknologi yang moden,” kata Kapten Lim, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1967 sebelum bersara pada tahun 2011.

PANAS ! GAMBAR Strategi Atau Tektik Yang Digunakan Agnes Monica Tarik Publisiti Dengan Menayang Dada, Nampak Puting !!!



Agnes Monica Muljoto dilahirkan di Jakarta pada 1 Julai 1986 (27 tahun). Ia merupakan anak bongsu dari pasangan Jenny Siswono dan Ricky Muljoto. Agnes menganut agama Kritian Prostestan. Ia mempunyai seorang abang bernama Steve Muljoto yang juga menjadi pengurusnya. Agnes menamatkan
persekolahannya di SD Tarakanita Jakarta, kemudian melanjutkan pelajarannya ke SLTP Pelita Harapan.
Di sekolahnya, Agnes merupakan pelajar yang berprestasi di bidang akademik dan sering menerima biasiswa, meskipun dia sibuk dengan aktiviti luar sekolah seperti kursus piano, bahasa Inggeris, luncur ais, dan badminton. Bakat Agnes di bidang seni tertonjol sejak ia masih kanak-kanak, khususnya bidang tarik suara. Selain berlatih di gereja, Agnes juga ikut kursus vokal di beberapa tempat.

Agnes merupakan penyanyi solo yang membawa muzik pop, R&B, dan hip-hop. Menurut kajiselidik yang dilakukan majalah Cosmopolitan pada tahun 2010, Agnes merupakan penyanyi wanita terseksi di Indonesia.

Lapuran dari sebuah akhbar tempatan


Ramai yang mengkritik penampilan penyanyi Agnes Monica ketika menghadiri acara karpet merah dalam satu majlis hiburan antarabangsa di Los Angeles, baru-baru ini. Agnes dipilih sebagai selebriti antarabangsa dengan penampilan kedua paling buruk daripada lima selebriti oleh pembaca dalam laman web hiburan, buzzfeed.com.

Laman web Kapanlagi.com melaporkan, Kim Kardashian menduduki tangga ketiga, namun tidak menyatakan siapa yang diiktiraf sebagai selebriti berpakaian paling buruk bagi acara itu. Penampilan Agnes kelihatan tidak kena apabila dia memakai coli seksi bersama rompi bercorak batik, dipadankan dengan seluar denim pendek dan menyarung but kulit paras betis.

Namun tidak kurang juga yang memuji keberanian Agnes untuk tampil dengan fesyen aneh, termasuk mengetengahkan motif batik yang melambangkan imej Indonesia. Agnes sememangnya terkenal sebagai selebriti Indonesia yang gemar bereksperimen dengan fesyennya. Dia tidak berasa janggal untuk mengenakan pakaian yang tidak sepadan, malah kelihatan yakin dengan penampilannya walaupun sedar, pasti ada yang mengkritik gaya tersebut.