UMUM ! SURAT MURTAD SITI KASSIM PERLU DIDEDAHKAN



Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.


Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.



Anggota Comango
Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

Gempar ! Panti Asuhan Diserbu – Kes Dera, Seksa Anak Yatim

0603PantiAsuhan01

HANYA kerana seorang penghuni di sebuah rumah anak yatim atau digelar Panti Asuhan Samuel di Indonesia, barulah orang ramai dan pihak berkuasa mengetahui bahawa penghuni di dalamnya hidup terseksa.
Rumah berkenaan yang terletak di Banten Indonesia diserbu pihak berkuasa Indonesia minggu lepas apabila menerima laporan wujud perbuatan mendera anak-anak yatim serta penyelewengan berlaku di rumah itu.
Premis itu sudah pun beroperasi sejak tahun 2001 dan ia diusahakan oleh Pastor Samuel dan isterinya.
Di dalam Blog Serius, dipaparkan beberapa keping gambar keadaan rumah anak yatim berkenaan yang begitu menyedihkan, kotor, daif dan pakaian kotor dilihat bersepah di merata-rata tempat.
0603PantiAsuhan02
Selain di blog, di laman Youtube juga terdapat video pendedahan oleh penghuni rumah berkenaan yang memakai topeng kerana melindungi identiti mereka di dalam sebuah rancangan televisyen di Indonesia mendedahkan apa sebenar berlaku di dalam rumah berkenaan.
Menurut kanak-kanak itu, mereka sering dipukul kerana cuba melarikan diri dari rumah itu yang jika dilihat lebih mirip kepada penjara daripada berupa rumah perlindungan untuk anak yatim.
Kanak-kanak yang mendiami rumah itu sering dihidangkan dengan makanan yang sudah basi dan rosak dan akan dihukum tidur di dalam sangkar anjing sekiranya didapati gagal mengikut arahan.
Kesemua 17 orang anak yatim, penghuni malang di dalam rumah itu kini sudah pun diselamatkan pihak berkuasa Indonesia. – MYNEWSHUB.MY

Pelik ! Ibu Askar Terima Cek Satu Sen

Cek


Montreal – Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.
Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.
Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.
“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.
“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. – AFP