Pelik ! Ibu Askar Terima Cek Satu Sen

Cek


Montreal – Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.
Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.
Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.
“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.
“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. – AFP

Komen Chef Wan Kes Pelakon Hanez Suraya Sangat Pedas ! ‘ Jantan Jahat Akan Bertemu Betina Yang Tak Senonoh Juga’ – Chef Wan

Chef Wan Komen 'Pedas' Kes Hanez Suraya
HA, jangan ingat Chef Wan hanya tahu komen mengenai makanan sahaja ya!
Ternyata dia juga mengikuti perkembangan kes pelakon Hanez Suraya.
Kami kongsikan komennya menerusi akaun Instagramnya hari ini:
Chef Wan Komen 'Pedas' Kes Hanez Suraya
“Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive. Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.
Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what? These is the sad world today where there is no respect for others..
Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again.Tambahan Anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same…Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga.Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.”
Fuh, memang pedas kata-kata Chef Wan umpama masak lemak cili api!
Apa pun, mungkin ramai para pembaca di luar sana mengakui kebenaran di sebalik kata-katanya itu, betul tak?
Oleh: ELZA
(Kredit: Instagram Chef Wan)

Semakin Panas Kes Dari Sweeden !!! Shalwati Mendakwa Anak-Anaknya Berbohong Secara Terang-Terangan

Dari Mahkamah Sweden: Anak- Anak Saya Bohong Terang-Terangan, Dakwa Shalwati

STOCKHOLM – Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.
Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara terang-terangan.
Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan keganasan.
Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.
Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung untuk meminggirkannya.
“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.
“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.
Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual beberapa minggu kemudian.
“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata Shalwati.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya, Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan panjang daripada wanita itu.
Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet, dua tahun lalu.
Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai masalah pemahaman.
“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.
Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini.