awas,awek-awek
sekalian berhati-hati dengan kamera tertutup dan terbuka ni..jangan
gila kamera sangat tau..nanti awek-awek sekalian dirakam macam ni..huhu
DUBAI – Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah
selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab
Bersatu.
Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang
dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk
mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan
perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan
lesen memandu pada 18 Februari lalu.
Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13
kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya
sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa.
Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian
berikutnya,” katanya.
Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh
tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari
lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang
saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya
terganggu, tetapi saya berjaya lulus.
“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan
kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu
terlebih dulu.
Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.
Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat
untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.
“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan
mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu
juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.
“Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin
saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk
mendapatkan lesen memandu.
“Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya. – Agensi