Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya,
Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu
rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran.
Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan
beberapa “point” beliau.
Ikuti Kisah Tembak Perdana Menteri (Terkejut)...
Lelaki itu ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam mimpi itu dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengatakan sesiapa yang dapat menembak Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ganjaran RM500.
Selain itu, Ahmad Fahdli juga dilihat turut pernah muncul dalam Perhimpunan TURUN harga barang di Dataran Merdeka pada 31 Disember lepas melalui gambar yang dipaparkan di dalam Facebooknya.
“Tidak semena-mena mendapat panggilan telefon,”Ustaz, tolong war-warkan, siapa yang dapat tembak Perdana Menteri, saya bagi upah RM500,” Terkejut saya, tiba-tiba terjaga, rupanya bermimpi,” menurut status itu.
Jelas status digambarkan Ahmad Fadhli di dalam Facebooknya mengancam dan dilihat berbaur ugutan kepada Najib sebagai pemimpin negara biarpun dia mendakwa muncul ketika mimpi.
Boleh pula dakwaan itu, menyertakan ganjaran RM500 yang ternyata tidak berbaloi dengan jenayah yang ditawarkan untuk dilakukan.
Berbaloikah RM500, untuk menembak seorang pemimpin negara. Bagaimana jika kos guaman yang terpaksa dibayar selepas ditangkap.
Jelas, ini satu lagi status hasutan melampau untuk mewujudkan kebencian kepada pemimpin negara.
Selain itu, status Ahmad Fadhli mengundang kritikan daripada pengguna alam siber yang mengutuk status berkenaan sebagai murahan dan tidak layak keluar dari mulut seorang ustaz.
Menurut satu komen, bagaimana jika Ahmad Fadhli muncul dalam mimpi orang lain melakukan kejahatan dan ia turut diceritakan di Facebook, maka ia bukan satu kesalahan kerana dia sendiri yang memulakannya.
Memalukan sahaja, jawatan tinggi tetapi mengeluarkan kenyataan status bertaraf murahan sebegini. – KUMBANG WIRA
(Kerna S@kit Hati) Sanggup Hadiahkan Kulit Lengan Sendri Pada Pakwe Penipu
SEORANG wanita dari Colchester, Essex, England mempunyai cara tersendiri (dan menyakitkan) untuk memberitahu perasaan bengang pada teman lelaki yang telah menipunya.
Torz Reynolds, 26, terkedu selepas diberitahu seorang rakan bahawa teman lelakinya, Stuart ‘Chopper’ May,24, yang mendakwa perlu meninggalkan United Kingdom kerana mendapat tawaran kerja di Alaska, Amerika Syarikat rupa-rupanya menipu.
Selepas disiasat Chopper sebenarnya masih ada di UK, cuma dia menggunakan alasan itu untuk memutuskan hubungan dengan Reynolds seterusnya berpindah ke rumah perempuan lain.
Dek kerana terlalu sakit hati, Reynolds tidak mahu menunggu lama untuk pergi mendapatkan rawatan laser sebaliknya terus bertindak membuang sendiri tatoo di lengannya yang tertulis ‘Chopper’s Bitch’ menggunakan pisau bedah, tanpa ubat bius.
Subscribe to:
Posts (Atom)