BAYANGKAN anda seorang wartawan yang sedang membuat liputan mengenai isu yang sedang hangat berlaku di sebuah negara lain.
Secara tiba-tiba, anda pula yang menjadi ‘isu’ di negara tersebut
sehingga setiap gerak langkah anda menjadi perhatian orang sekeliling.
Itulah yang berlaku terhadap wartawan, Daijiro Enami dari Fuji
Television Network, Jepun yang datang ke Thailand untuk membuat liputan
mengenai pergolakan politik di negara itu.
Thailand dilanda kekacauan sejak November lalu apabila penunjuk
perasaan anti kerajaan menuntut Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra
berundur.
Dek kerana kekacakan wajah dan tubuh sasa yang dimilikinya, Daijiro
menjadi tumpuan orang ramai sehingga gambarnya tersebar di laman sosial
Facebook, Twitter dan Instagram.
ORANG ramai menikmati hidangan menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, Presint 5.
Dengan bayaran serendah RM5, pengunjung restoran itu boleh menikmati
makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman yang
disediakan, antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, bermula hari
ini.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata
inisiatif yang digerakkan oleh PPj dengan kerjasama pengusaha restoran
itu bertujuan membantu orang ramai khususnya penjawat awam yang bekerja
di sini menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar
bayaran yang cukup berpatutan.
Beliau berkata selain itu enam buah bas disediakan untuk berulang
alik antara Dataran Putrajaya Presint 3 ke restoran berkenaan di Presint
5 untuk perkhidmatan pengangkutan percuma antara pukul 11 pagi dan 3
petang bagi kemudahan orang ramai berkunjung ke restoran itu.
Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu
sahaja yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di sekitar
Putrajaya, dan pihaknya amat mengalakkan lebih banyak restoran lain di
sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu berkenaan kepada orang
ramai.
Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis
menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai
“honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”.
Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.
Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai
pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.
Cara itu pula melibatkan perkara kotor iaitu mencampurkan
darah haid, air ludah atau rambut ke dalam cokelat yang dimasak lalu
diberikan sebagai hadiah.
Ajaran sesat yang mula-mula dikongsikan di laman portal
terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila
diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal
internet.
Ramai menganggap perkara ini cuma satu pembohongan tapi bagi
masyarakat Melayu yang mengetahui tentang ‘nasi kangkang’ yang
dihasilkan bagi menjinakkan suami, berita ini mungkin ada asasnya.
Apa pun, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima cokelat daripada gadis pada 14 Februari ini. - REM RAMZI