Gempar! Benarkah Gunung Kinabalu Diselaputi Salji (4 Foto)

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kejadian suhu cuaca yang tiba-tiba menurun secara mendadak terutama di kawasan utara dan pantai timur. Kejadian suhu sejuk ini juga dikaitkan dengan kejadian salji yang kononnya Gunung Kinabalu dilanda salji. Berita ini mula tersebar dan mendapat perhatian pihak kerajaan dan media. Namun begitu, setelah pihak berwajib melakukan siasatan ia hanyalah satu fenomena Frost yang meliputi kawasan Gunung Kinabalu ini. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.






Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter. Fenomena embun yang membeku pada waktu pagi itu dilihat seperti fenomena salji. Hakikatnya, salji tidak akan berlaku di Malaysia yang mempunyai iklim tropika. Terdahulu, Jabatan Metereologi Malaysia mengesahkan bahawa penurunan suhu di beberapa negeri di Malaysia adalah disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin Monsun Timur Laut dan ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku.

Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan (Video)


Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur. Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah melihat kejadian tersebut. Anda boleh tonton video di atas ini.

kubu

Play Video Di Bawah:



BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.
Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.
“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.
Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.
Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.
Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.
“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.
Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah betul.
Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam dalam tanah.
Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.
Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan.

Sumber : MyNewsHub

Ngeri! Apabila Tukang Gunting Cuci Mata Pelanggan (3 Foto)

Sesuatu yang agak mengerikan sebenarnya apabila hajat anda untuk menggunting rambut tiba-tiba ternampak tukang gunting sedang membuat sesuatu yang pelik. Perkara yang pelik dimaksudkan di sini adalah, tukang gunting berkenaan turut menawarkan khidmat mencuci mata dengan menggunakan sebilah logam kecil. Tindakan itu dianggap bahaya kerana mata adalah satu anggota yang agak sensitif. Boleh lihat gambar di bawah ini.


CHENGDU – Seorang tukang gunting rambut menggunakan sebilah logam kecil untuk mencuci mata seorang pelanggan di sebuah taman di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 12 April lalu.

Mencuci mata merupakan amalan tradisional penduduk China yang dipercayai akan menyebabkan penglihatan menjadi lebih terang.




Tukang gunting rambut itu, Liu Deyuan menyediakan perkhidmatan mencukur rambut termasuk membersihkan mata pada harga lima yuan (RM2.45).

Deyuan menggunakan logam kecil itu yang dimasukkan ke dalam mata di tepi kelopak semasa dia membersihkan mata tersebut.

Dia menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu. – Agensi