Gempar! Benarkah Gunung Kinabalu Diselaputi Salji (4 Foto)

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kejadian suhu cuaca yang tiba-tiba menurun secara mendadak terutama di kawasan utara dan pantai timur. Kejadian suhu sejuk ini juga dikaitkan dengan kejadian salji yang kononnya Gunung Kinabalu dilanda salji. Berita ini mula tersebar dan mendapat perhatian pihak kerajaan dan media. Namun begitu, setelah pihak berwajib melakukan siasatan ia hanyalah satu fenomena Frost yang meliputi kawasan Gunung Kinabalu ini. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.






Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter. Fenomena embun yang membeku pada waktu pagi itu dilihat seperti fenomena salji. Hakikatnya, salji tidak akan berlaku di Malaysia yang mempunyai iklim tropika. Terdahulu, Jabatan Metereologi Malaysia mengesahkan bahawa penurunan suhu di beberapa negeri di Malaysia adalah disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin Monsun Timur Laut dan ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku.