Benarkah Ini Batu Burung Ababil? (3 Foto)

Masih ingat lagikah kita tentang kisah  tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill.  Namun pada kali ini kisahbest.my tidak bercerita mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababiluntuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.



Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.
Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram,sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Sumber : X Lupa

Mengancam! Proton Bakal Pengganti Savvy Dirakam Di Sweden? (5 Foto)

Selepas Proton mengumumkan model pengganti Perdana, kini ada ura-ura mengatakan Proton bakal mengeluarkan model penggganti bagi Savvy. Berita ini mula tersebar luas apabila beberapa keping gambar ujian model berkenaan dilakukan di Sweden. Bagaimanapun setelah melihat gambar tersebut, KisahBest.My percaya model kereta ini direka juga bagi cuaca sejuk di beberapa buah negara. Boleh lihat gambar di bawah ini.





Baru-baru ini, ‘paparazzi’ Automedia telah berjaya mengambil gambar kereta Proton Global Small Car (GSC).
Gambar berkenaan dirakamkan nun jauh di Sweden, sedang dipandu uji dalam keadaan jalan dilitupi salji.
Dipercayai, GSC sedang melalui proses ujian untuk menentukan keupayaannya dikendalikan dalam cuaca sejuk.
Menurut jangkaan Automedia, GSC akan dilancarkan Proton seawal-awalnya suku tahun ini. Nama bagi kereta ini juga dikatakan sudah pun dipilih berdasarkan satu pertandingan yang diadakan.
Berdasarkan gambar, saiz GSC nampaknya kelihatan besar sedikit daripada Savvy.
Sama-sama kita nantikan produk terbaru Proton ini..

Sumber : Mynewshub

Gempar! Apabila Ikan Keli Ini Makan Bola (5 Foto)

Pihak kerajaan selalu memberi peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak membuang sisa buangan sampah di tepi pantai. Mengapa ya? Ini kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan hidupan penyu akan pupus dek kerana mati tertelan sampah. Kisah di bawah ini hampir serupa namun ia bukanlah bahan buangan. Tetapi sebiji bola. Seekor ikan keli gergasi dengan rakus menelan sebiji bola yang melantun ke dalam kawasan sungai tersebut. Bagaimanapun ikankeli tersebut gagal mengeluarkan bola dari mulutnya yang tersangkut. Boleh lihat gambar di bawah ini. 


Seorang penduduk di kawasan itu menyaksikan bola yang melantun ke arah kolam berhampiran lalu disambar oleh seekor ikan keli yang besar. Ikan keli Flatheat tu cuba menelan bola itu namun gagal apabila bola itu tersangkut di mulutnya.





Ikan keli tersebut cuba untuk mengeluarkan bola itu dari mulutnya namun gagal sehingga keletihan untuk berenang lalu ia muncul ke permukaan kembali. Lalu, penduduk yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan bola dari mulut ikan keli itu namun masih tidak berjaya.

Mereka mengambil keputusan untuk mengempiskan bola tersebut, barulah bola itu berjaya dikeluarkan dari mulut ikan keli tersebut.’