(Gambar) Bukti Firaun Yang Ditenggelamkan??

Kebenaran Al-Quran!
Fir'aun Yang Ditenggelamkan...

Gambar - Sebuah Bandar Didalam Air Ditemui Selepas 1500 Tahun

Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.






Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Firman Allah...
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun
dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).









Info : Panggung Wayang Filem Lucah "Shama" di Pakistan? (Gambar)

Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan. Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.


Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka. Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas. Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47. Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.































































Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar. Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu. Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yang paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa.


Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat

Dr Mashitah jawab hukum salam cium tangan dengan Pak Lah ?

SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.

Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?
ReJaM© “Lu fikirlah sendiri…. “

Laporan Asal suarainsan