Dr Mashitah jawab hukum salam cium tangan dengan Pak Lah ?

SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.

Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?
ReJaM© “Lu fikirlah sendiri…. “

Laporan Asal suarainsan

MISTERI : Kenapa Hilangnya 11 Hari Pada September 1752 ?


Jom kita baca sejarah pasal Tahun 1752 ni..

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?

Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..

Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..

Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..

Sila baca dekat sini untuk mengetahui dengan lebih detail pasal kehilangan 11 hari ni.

INFO : Inilah Restoran KFC Pertama Di Dunia (7 Gambar)

Siapa tak kenal dengan KFC ni? Rasanya semua orang yang baca blog ni pun pernah makan KFC. Jom kita baca sikit pasal sejarah KFC dan restoran KFC yang pertama di dunia.

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.

KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.