KEJAM : Surirumah dera bayi berusia 4 bulan di kuarters kerajaan

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang suri rumah membela diri atas pertuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan di kuarters kerajaan negeri di sini pada Oktober 2011.
Hakim Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 6 September 2012 yang melepas serta membebaskan Salbiah Majid, 53, tanpa dipanggil membela diri.

Gambar Hiasan
Beliau memerintahkan kes itu disebut semula di Mahkamah Majistret sama pada Khamis ini.
Salbiah didakwa melakukan perbuatan itu di unit A14-9 Kuarters Kerajaan Negeri Selangor, Jalan Dawai, Seksyen 16 antara 7 hingga 10 pagi pada 11 Oktober 2011 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata mahkamah berpendapat kaki mangsa patah adalah disebabkan perbuatan tertuduh kerana tidak ada orang lain yang menjaga bayi itu semasa kejadian.
Beliau berkata adalah sukar untuk membuktikan bahawa kaki mangsa pata akibat terjatuh kerana pemeriksaan di Hospital Selayang menunjukkan bayi dalam usia sedemikian kurang bergerak dan kecederaan itu mungkin dilakukan orang lain.
Ahmadi juga berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan sihat serta ceria dan kecederaan hanya disedari oleh ibu bayi itu apabila datang untuk mengambil anaknya.
Kesan bengkak pada kaki bayi pada hari kejadian juga tidak dinafikan pihak pembelaan, katanya.
Oleh itu, Ahmadi berkata Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Salbiah diwakili peguam Rusli Zain manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin. – Bernama

Laporan Asal suarainsan

TERKINI : Vokalis Edcoustic, Aden meninggal dunia

VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia, semalam.

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.




Jenazah allahyarham bakal dikebumikan di Bandung, Indonesia.

Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004.

Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.

Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Malah Aden turut berkolaborasi dengan Inteam.

Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.

Fashion Tudung Yang Sangat Teruk

Aurat wanita hanya di kepala@rambut? Apa kebangangan remaja wanita sekarang.. Dan pesanan terakhir kepada semua underweight girl, please eat more. Kesian aku tengok, sampai tulang rangka terkeluar.