AMARAN : Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar) 
Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 












(TAHNIAH) Adam Shah & Fatin Nur Afeefa Selamat Bergelar Suami Isteri

Memang ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan menamatkan zaman bujang/gadis mereka di bulan Disember ini. Memang tak cukup tangan untuk mengira. Pada 21 Disember yang lalu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah bersama seorang lagi pelakon iaitu Adam Shah.


Pasangan sama cantik sama padan ini sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Sekali pandang, wajah mereka memang nampak seiras. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Sama-samalah kita doakan.


Beberapa lagi gambar pasangan pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



SADIS : Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung


Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.


“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran.

“Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.

“Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”


Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak


Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.”

Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP