Kemalangan Paul Walker hanya kerana kelajuan

Berdasarkan siasatan ke atas kemalangan yang mengorbankan bintang Fast and Furious Paul Walker dan pemandu Roger Rodas, sumber penguatkuasaan undang-undang yang tidak dinamakan memberitahu Associated Press bahawa tidak ada tanda-tanda kegagalan mekanikal pada Porsche Carrera GT yang telah musnah dalam kemalangan tersebut.

Laporan dari The Huffington Post mendakwa pegawai yang berkenaan menyalahkan “kelajuan sahaja” dalam kemalangan maut tersebut. Laporan yang sama menolak kehadiran serpihan di jalan raya, yang mungkin telah menyebabkan Rodas hilang kawalan kereta V10 berkuasa super itu.
Jurutera dari Porsche telah diterbangkan ke California untuk menyiasat kemalangan itu dengan bantuan perakam on-board data Carrera GT. Sehingga itu, para penyiasat tidak lagi membuat spekulasi tetang kelajuan kereta itu sewaktu kemalangan terjadi.
Dah memang “Fast and Furious” kan?

Pakaian Ketat Fida Ibrahim Cemar Imej Wanita Bertudung?

 

Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. 
  
Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.

Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Selamat’ MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.

"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.

Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi.

Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".

Sumber


Isteri Aaron Aziz Berhijab; Cerita Kiamat Punca Diyana Halik Bertudung!

Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu. Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.


"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, Isnin.

Tambah Aaron, dia mengetahui niat isterinya untuk berhijab sudah lama, namun belum benar-benar bersedia untuk keputusan tersebut.


Khabarnya, isteri pelakon berbadan sasa, Aaron Aziz yang juga pengurus aktor itu mengambil keputusan untuk bertudung selepas kembali dari percutian bersama kelab peminat Aaronators di Hong Kong.  Aaron Aziz berkata bahawa dia pernah meminta isterinya untuk bertudung semasa menunaikan umrah dua tahun lepas tetapi tidak memaksa Diyana Halik. Dan ternyata Aaron sangat gembira dan bersyukur apabila Diyana mengambil keputusan berhijab tanpa sebarang paksaan dengan kehendak dan kerelaan hatinya sendiri.

Tambah Aaron lagi, dia juga mahukan anak-anaknya mengikuti tranformasi itu, dan kalau boleh tidak mahu anak-anaknya memakai pakaian yang agak seksi atau singkat. Diyana menambah bahawa tindakannya mengenakan selendang ketika perjalanan pulang dari Hong Kong menjadi titik tolak berhijrah apatah lagi Aaron Aziz sendiri selalu bercerita dan menghantar video berkenaan kiamat. Apapun, tahniah untuk perubahan ke arah kebaikan ini!