Gadis Melayu 14 tahun cuba bunuh diri kerana tekanan perasaan

DUNGUN – Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.

Gambar Hiasan

Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kesian! Tikus Ini Disiksa Kejam Hanya Kerana Makan Duit


Kesian! Tikus Ini Disiksa Kejam Hanya Kerana Makan Duit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sayangi dan dikasihi semua. Kat sini mesti ramai yang tak suka dan geli dengan tikus bukan? Walau sehajat mana pon binatang kita sebenarnya tidak boleh menyiksa mereka kerana mereka juga makhluk tuhan. Lebih baik dibunuh terus jika haiwan tersebut mengancam keselamatan atau haiwan perosak. Di Palestine lain pula ceritanya dimana seekor tikus yang didapati telah memakan duit gaji seorang lelaki telah disiksa, Jom baca artikel lanjut dibawah ini.
Mesti anda tertanya-tanya mengapakah seekor tikus ini dilihat dalam keadaan keempat-empat kakinya diikat setiap penjuru. Kasihan apabila melihatnya. Difahamkan, tikus itu diikat oleh seorang lelaki kerana terlampau geram dengan haiwan tersebut yang memakan semua kepingan not kertas hasil gajinya diterima. Memang sakit hatilah. Tetapi tindakan sebegini ternyata menyeksa haiwan berkenaan.
Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.
Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya dan memakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.
“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin. – Sumber

Luahan terbuka dan berani Syafik Yahya kepada Sultan Johor

syafiqyahya

Kami baru sahaja mendapat kiriman dari rakan kami bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..

Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor

Bismillahirrahmannirrahim,
Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.
Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.
Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.
Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.
Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.
Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.
Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.
Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.
Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.
Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.
Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.
Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Rakyat Marhaen,
Syafik Yahya
P/S: Tahniah kami ucapkan, kerana kelantangan anda untuk bersuara walaupun hanya di alam maya, tetapi pada hemat kami ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Johor merasai perkara yang sama, cuma takut untuk meluahkan pendapat, diharap dengan perkongsian anda ini, dapat membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil berat tentang hal ini, biarlah kita berjuang pada hari ini agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita, tidak menuding jari atas kesilapan yang telah kita lakukan hari ini.. Pamerkan hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.- Sumber