Budak 12 Tahun DiHukum Penjara Kerana Tiduri Pembantu Rumah


Gambar hiasan

Dubai : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah.


Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia. Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.


Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks.


Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.

GAMBAR: Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan, 3 Maut



Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI



Kenapa Leina Tidak Buang Gambar Seksi Di FB?



PETALING JAYA – Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai.

Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu.

“Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung.

Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.

“Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.

“Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu,” katanya.

Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar.

Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.

“Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi.

“Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan,” katanya.

Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.

Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

“Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung,” ujarnya. – mStar Online