Video Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Paul Walker Tersebar





LOS ANGELES – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kemalangan sehingga meragut nyawa bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet.
Dailymail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga kebakaran berlaku dengan begitu pantas.
Rakaman CCTV juga merakamkan asam hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.
Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang t And The Furious itu berasama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat.
Dia yang memandu kereta berkenaan dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup. Rakaman YouTube mengenai kejadian itu boleh dikuti menerusi video di bawah

Datuk Mohamad Shahrum: Belia harus manfaatkan konsert K-Pop




KUALA LUMPUR – Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.
“Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar.
“Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, hari ini.
Mohamad Shahrum berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. – Bernama

SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini



Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – REM RAMZI
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign