Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki yang dikenali sebagai Lian ini bekerja di Zhang Mut Tao dan hanya memperoleh gaji beberap ribu yuan sahaja setiap bulan.
Berbanding dengan kekasihnya, Liao, gadis ini datang dari keluarga yang kaya dan mempunya kelulusan akademik yang tinggi dari luar negara.
Baru-baru ini pasangan kekasih ini menjadi tajuk berita utama dalam akhbar-akhbar tempatan dan online apabila Lian berjalan dua kilometer dengan hanya memakai pakaian dalam wanita untuk melamar Liao.
Beliau berkata, walaupun beliau tidak kacak dan kaya, beliau bersedia untuk menyediakan apa sahaja yang terbaik dan termampu untuk kekasihnya.
Liao menerima lamaran tersebut dan kisah cinta mereka menjadi heboh di dalam internet