Kelab yang
difahamkan baru dibuka sejak sebulan lalu tu dipenuhi ramai golongan
muda yang bukan sahaja datang untuk berhibur, malah menjamu mata dengan
gelagat sekumpulan gadis genit separuh bogel.
Gadis-gadis istimewa yang memakai pakaian dalam seperti coli dan seluar singkat itu akan membuat pertunjukan tarian tiang.
Malah untuk menambah kehangatan, mereka turut menari ghairah dalam dua kandang besi khas bersebelahan pentas yang merupakan tarikan terbaru kelab berkenaan.
Menurut Pegawai
Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa,
serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu mendapati kelab tersebut menyediakan
enam gadis tempatan yang akan melakukan persembahan mengikut masa
tertentu.
“Gadis-gadis kandang dan penari tiang ini akan muncul pada pukul 10.45 malam, 11.45 malam dan 1 pagi.
“Mereka akan menari ghairah hanya 15 minit sahaja untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kelab itu tidak memiliki lesen sejak dibuka.
“Dalam Ops Noda ini, polis memeriksa seramai 117 pengunjung dan 61 daripada mereka adalah bawah umur.
“Daripada
jumlah itu, 25 adalah lelaki serta 36 wanita. Kita dapat mengesan ada di
antara mereka yang ditahan masih bersekolah khususnya di tingkatan
lima,” katanya.