Apa sudah jadi dengan ‘orang kita’.
Sama ada sengaja, atau tanpa disedari, beratus rakaman aksi pasangan Melayu sudah tersebar di internet.
Malah ada yang
mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai
aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon
bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.
Malangnya,
walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia
seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman
aksi terlarang seumpama itu yang ‘muncul’.
Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang jatuh dalam kategori ‘tua nak mampus’ pun masih sanggup merakamkan aksi mereka!
Mungkin ada
yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri
tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh
ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita sedia maklum ramai di kalangan kita, malah mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.
Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.
Remaja jangan ceritalah, terutama yang baru nak ‘kenal dunia’.
Percayalah tiada mekanisma yang boleh membendung masalah ini kecuali individu itu sendiri.
Hubungan intim
adalah suci jika terjalin di kalangan mereka yang berkahwin tetapi pada
masa yang sama, ia adalah rahsia yang perlu disimpan dan haram untuk
didedahkan, apatah lagi untuk tontonan umum.
Paling
membimbangkan, sudah ada kecenderungan di dalam masyarakat kita yang
berbangga bila melihat aksi mereka didedahkan…lihat saja pasangan Alvin
dan Vivan.
Mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman…kemaluan sudah boleh dijadikan tontonan!