KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih
membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan
beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil temu bual
Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam
pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15
tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika
berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor
“PERTAMA kali
saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah
teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia
berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi
bersama teman lelaki juga.
Sejak itu,
seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula
bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.
Apabila sudah
kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi
bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari
kenal.
Rumah dan hotel
antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki
menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki
yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari
lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah, saya
buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan
aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki,
manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula
dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma Isnin saya
berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga.
Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya
lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah
terbongkar.
Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.
Siapa yang
masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih
dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan
tubuh.
Bagi yang
enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks
dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend
di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit
dipandang hebat.
Sikap
cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira
lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana
mudah dapat ‘awek’ seperti saya.
Saya kini
ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki
berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya
masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya
bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur
“SAYA mula
mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki
ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah.
Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila ketagih
datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di
tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga
menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.
Sekurang-kurangnya,
sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke
tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.
Malah pernah
saya pelawa SEOrang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa
minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan
seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.
Apabila
ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka
lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan
saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik
pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.
Saya cuba
bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu.
Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua
minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
“SAYA mula
terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana
pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain
itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan
haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk,
kami melakukan seks.
Siang saya
sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di
kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang
dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke
tiga hari.
Pernah saya
tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja
di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari.
Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.
Ramai rakan
sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting
lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan
diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor
“TIADA istilah
‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk
rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya
dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?
Di sekolah
sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki,
terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya
saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu
dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika di
tingkatan dua, saya berkenalan dengan SEOrang pelajar lelaki tingkatan
empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap
melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.
Kali pertama
saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah.
Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di
rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga
dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.
Namun tanpa
disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas
setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu.
Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri
buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang
“SEBAGAI bukti
cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami
menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan
kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.
Kami terlanjur
ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19
tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia
mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.
Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.
Apabila tamat
waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan
peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami
lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya
(perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas lama
bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak
menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama
tidak berhubung.”