KISAH BENAR - PADAH BERZINA DENGAN PEMBANTU RUMAH!




”Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin

 melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaima-

 napun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.



Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang 

dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu

 menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya. 



Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti

berasas.Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin.



Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk menda-

patkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak 

mengalami sebarang masalah seksual.



Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan 

mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana

mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah

tangga kami.



Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz

memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah 

duduk serumah dengan kami.



Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan

anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk me­nguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang.



Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur

dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina

ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas 

bersalin dengan bidan.Layanan amah itu kepada saya memang baik.



Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan

minuman biarpun saya tidak meminta.Walaupun terlanjur, saya langsung

tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada mengambil 

air mani saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak

mengesyaki apa-apa.



Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan

kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah 

tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina de­ngan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya.



Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan

melalui pemujaan air mani dan masalah dingin terhadap isteri mula saya 

alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu.



 Sebenar­nya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila

 melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki

 menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya.



Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk

 mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.



Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri 

kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami.

Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut”.