Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.
Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.
Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun tersebut. - sinarharian