BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang
kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit
menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan
mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia
pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai
berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan
14 tahun.
Aksi berahi mereka
dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel
oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperolehvideo itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki
itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin
dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana
fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka
yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada
mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika
mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya,
tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat
yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.